Wednesday, July 28, 2010
Torres Kekal Laaaa!!!
Nampaknya kita dah boleh menarik 80% nafas lega apabila diberitahu Uncle Roy yang Torres akan kembali ke Melwood minggu hadapan. "Dia (Torres) telah bercakap dengan saya dan memberitahu saya dia akan kembali ke Melwood Isnin hadapan. Dia juga sudah menyatakan kesediaannya beraksi untuk kita bagi musim hadapan"
Buat masa ini, Torres masih lagi bercuti selepas Piala Dunia, yang diwar-warkan oleh Uncle Roy sebagai sesuatu yang sepatutnya beliau peroleh selepas 3 tahun. Ujar Uncle Roy lagi, "Torres memilih untuk "low profile" dari sebarang spekulasi tetapi dia sudah berhubung dengan kita"
Diharap 20% lagi nafas akan ditarik apabila menyaksikan footage El Nino di Melwood dan membuat kenyataan rasminya. Kita semua berharap musim ini bakal menyaksikan kebangkitan semula The Reds. El Nino akan menjadi sebahagian dari sejarah itu sekiranya dia kekal di Anfield.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment