Wednesday, July 28, 2010

Trio Liverpool yang mantap..!








Jurulatih Liverfool telah membuat sidang akhbar pengenalan rasmi trio pertama di bawah "royalution"; Milan Jovanovic, Danny Wilson dan Joe Cole hari ini. Apa yang menariknya kos pengambilan ketiganya tidak melebihi 5 juta pound - di mana Joe Cole dan Milan Jovanovic, dua bintang Piala Dunia diambil dengan nilai perpindahan percuma.

Dalam perkembangan lain, dikhabarkan perpindahan Insua mungkin tidak akan berlaku kerana tiada persetujuan tentang permintaan gaji (good news!), Torres akan kembali beraksi di Anfield dan mula berlatih Isnin hadapan (lebih bagus) dan dengar-dengar Maxi akan dipinjamkan ke Espanyol (ohhh tidak bagus....). Apa-apahalpun, kita masih menanti berita rasmi dan harapnya skuad 2010/2011 lebih mantoppp!!!

No comments:

Post a Comment